Maklumat Saringan Strok Melalui MRI & MRA Otak
03.12.2024, by FAQ
1. Apakah maklumat yang anda boleh perolehi daripada imbasan MRI otak?
Penemuan yang mungkin termasuk adalah seperti berikut:
i. Penemuan otak normal dan/atau saluran darah normal
ii. Strok atau penemuan lain yang berkaitan
iii. Salur darah yang tidak normal seperti dilatasi, penyempitan atau penemuan lain
2. Siapa yang patut ambil pakej ini?
i. Umumnya warga emas akan mendapat manfaat daripada pakej ini. Orang yang mempunyai kencing manis, tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, obesiti, demensia dan faktor risiko lain
ii. Bagi golongan muda, yang mengalami sakit kepala berulang, migrain atau epilepsi, dsb
3. Apakah yang termasuk dalam pakej ini?
i. Imbasan MRI & MRA otak
ii. X-ray dada
iii. Ujian darah profil neuro
iv. Ultrasound dopller karotid dua hala
v. Konsultasi oleh Pakar Neurologist
4. Mungkin terdapat penemuan tambahan daripada MRI
Mungkin terdapat penemuan tambahan seperti tumor atau keadaan perubatan lain. Dalam kes ini, anda mungkin perlu melakukan MRI otak lain dengan medium kontras. Ini bermakna cecair akan disuntik oleh kakitangan perubatan ke dalam salah satu urat anda untuk meningkatkan imej yang dilihat pada MRI. Anda akan berunding dengan doktor pada masa lain dengan kos yang berbeza.
5. Apakah tujuan lain melalui saringan ini?
i. X-ray dada adalah untuk penilaian kesihatan secara umum
ii. Ujian darah Profil Neuro adalah untuk membantu doktor menilai pesakit
iii. Ultrasound doppler karotid dua hala adalah untuk menilai saluran leher pada kedua-dua belah. Saluran ini bersambung terus ke otak. Mengesan sama ada ia normal atau sempit adalah perlu apabila bercakap tentang kesihatan otak
iv. Konsultasi oleh Pakar Neurologi ditawarkan untuk menjelaskan secara keseluruhan kombinasi ujian. Pakar akan memberi nasihat yang diperlukan
6. Bagaimana anda bersedia untuk MRI otak?
Tidak ada persediaan yang khusus. Walau bagaimanapun, 8 jam berpuasa diperlukan untuk ujian darah
7. Apa yang akan berlaku dalam suite MRI
i. Anda akan diberikan gaun hospital untuk dipakai
ii. Anda akan baring di platform mesin MRI
iii. Prosedur ini akan mengambil masa sehingga 30-40 minit
iv. Penyumbat telinga akan diberikan untuk mengurangkan bunyi kuat
8. Maklumat penting untuk anda maklumkan kepada kami (doktor dan kakitangan di jabatan pengimejan)
Adalah penting untuk memaklumakan kepada kami jika anda mempunyai mana-mana seperti berikut:
i. Implan, pin, plat, skru, staples dalam badan anda
ii. Sendi atau anggota badan palsu
iii. Injap atau stent jantung buatan, perentang jantung
iv. Klip aneurisme
v. Bendasing logam dalam mata anda, impan telinga
vi. Baru menjalani pembedahan