Apakah perbezaanya antara CT scan dan MRI?
23.10.2024, by Dr Tan Shung You
Tomografi Berkomputer (CT) |
Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) |
|
---|---|---|
Teknologi |
CT menggunakan sinar-X untuk mencipta imej terperinci struktur dalaman badan. Ia memerlukan beberapa imej X-ray dari sudut yang berbeza dan menggunakan pemprosesan komputer untuk mencipta imej keratan-rentas (gambungan gambar secara hirisan). |
MRI menggunakan magnet yang kuat dan gelombang radiofrekuensi untuk menghasilkan imej terperinci organ dan tisu. Ia tidak melibatkan sinaran mengion. |
Perincian Pengimejan |
CT amat baik untuk pengimejan tulang, organ dalaman, usus, paru-paru dan juga mengesan pendarahan. Ia memberikan perincian yang terbaik untuk kecederaan dan keadaan akut. |
MRI lebih baik untuk tisu lembut, seperti otak, otot, ligamen dan tendon. Ia memberikan imej kontras yang tinggi, menjadikannya ideal untuk pengimejan neurologi dan muskuloskeletal. |
Kelajuan |
Imbasan CT secara amnya lebih pantas, biasanya selesai dalam beberapa minit. |
Imbasan MRI biasanya mengambil masa yang lebih lama, selalunya 30 minit hingga satu jam, bergantung pada imej bahagian badan, kerana keperluan untuk pengimejan secara terperinci dan pelbagai urutan yang diperlukan. |
Keselamatan |
CT melibatkan pendedahan kepada radiasi, yang menimbulkan risiko kecil, terutamanya dengan imbasan berulang. |
MRI secara amnya dianggap selamat dan tidak menggunakan sinaran (radiasi), tetapi ia tidak sesuai untuk pesakit dengan implan tertentu contohnya perentak jantung (cardiac pacemaker) disebabkan oleh medan magnet. |
Kos |
Imbasan CT cenderung lebih murah daripada imbasan MRI, walaupun kos boleh berbeza-beza berdasarkan lokasi dan keadaan tertentu. |